Pendanaan Ramai Equiti Perkongsian
Hasil Tanaman Durian Newleaf

  • 300 Saham Keutamaan Boleh Tebus

  • RM10, 000.00/unit saham

  • Layak menikmati 70% keuntungan selepas cukai syarikat

Faktor Pelaris Saham Keutamaan Boleh Tebus Newleaf

  • Pemaju yang Bereputasi Baik & Boleh Dipercayai
  • Perkongsian Untung Sehingga 20 Tahun
  • 100% dikendalikan oleh Newleaf
  • Halal di sisi undang-undang
  • Perniagaan yang telus sepenuhnya
  • Pengurusan ladang pintar
  • Penukaran saham keutamaan kepada saham biasa pada masa Tawaran Awam Awal
  • Industri bernilai USD1.4 bilion dan terus berkembang
  • Mengambil bahagian di sepanjang rantai nilai industri durian
Langgan Sekarang

CADANGAN PERNIAGAAN NEWLEAF

Gambaran Keseluruhan Perniagaan:

Newleaf Plantation Berhad (1251569-U) menubuhkan sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Newleaf Eco Development Sdn Bhd (1302701-U) untuk memperluas dan mengembangkan perladangan Durian Musang King seluas 1,000 ekar dalam masa 3 hingga 5 tahun akan datang. NEDSB bertanggungjawab untuk mengusahakan tanaman Durian Musang King fasa pertama di Pahang.

Model Perniagaan:

Newleaf bertanggungjawab untuk membangun dan mengekalkan operasi ladang. Pokok durian mengambil masa lebih kurang 5-6 tahun untuk menghasilkan buah. Pokok durian berumur 6-10 tahun dapat menghasilkan sehingga 150 buah durian setiap tahun. Newleaf menjangkakan ladang akan dapat berkelanjutan sendiri pada tahun ke-6 dan seterusnya, dengan unjuran hasil 25% hingga 40% setahun. Semakin tua pokok durian, semakin banyak hasilnya.

Keperluan Pembiayaan:

Pengumpulan dana pusingan pertama Newleaf melalui pitchIN menyasarkan RM3,000,000 (Ringgit Malaysia 3 Juta) untuk pembangunan dan penyelenggaraan ladang durian seluas 15 ekar. Newleaf akan menceburi bidang perkilangan, eksport dan perdagangan durian untuk menjana pendapatan tambahan kepada perniagaan melalui pengumpulan dana yang akan datang. Sebagai pertukaran, pelabur akan memegang saham keutamaan boleh tebus NEDSB dengan menikmati pembahagian untung bersih 70% daripada aktiviti perladangan, eksport dan perdagangan durian selama 20 tahun.

Mekanisme Keluar:

  1. Penebusan pada Tarikh Matang

    Saham keutamaan boleh ditebus semasa tamat tempoh. Syarikat akan membayar harga penebusan saham keutamaan kepada pelanggan dengan tunai. Harga penebusan untuk setiap unit saham keutamaan semestinya Harga Terbitan.

  2. Penebusan Awal Oleh Penerbit pada masa Tawaran Awam Awal ("IPO")

    Penerbit boleh memilih untuk menebus saham keutamaan sebelum berakhirnya tempoh masa, dengan syarat bahawa Penerbit memperoleh persetujuan daripada pihak berkuasa untuk menyenaraikan di bursa saham sama ada secara sendiri atau melalui instrumen penyenaraian dalam sebarang bidang kuasa yang ditentukan. Penerbit dengan ini berjanji dengan Pelanggan bahawa Penerbit akan memperuntukkan sepuluh peratus (10%) daripada semua Saham Tawaran Awam Awal di Syarikat Tersenarai untuk menebus semua saham keutamaan yang ditawarkan oleh Penerbit kepada semua Pelanggan di bawah Perjanjian Terma dan Syarat.

Penerbit

Newleaf Eco Development Sdn Bhd (No SSM: 1302701-U)

Alamat Berdaftar

Unit 20-05, Level 20, Q Sentral,
2A Jalan Stesen Sentral 2,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Alamat Perniagaan

Suite E-07-01, Plaza Mont Kiara,
No. 2, Jalan Kiara, Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Perniagaan Syarikat

  1. Pengilangan produk makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  2. Kegiatan pertanian yang menghasilkan tanaman dengan bayaran atau kontrak.
  3. Eksport dan import pelbagai barang tanpa pengkhususan tertentu.

Jenis Saham

Sahan Keutamaan Boleh Tebus (“RPS”)

Harga Terbitan

Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00) untuk setiap unit RPS

Penggunaan keuntungan dana daripada penerbitan RPS

Untuk tujuan pengembangan perniagaan Penerbit ("Tujuan").

Tarikh Terbitan

Tarikh di mana Penerbit mengeluarkan RPS kepada pelanggan, iaitu pada atau sebelum tarikh akhir langganan, dan pada hari Pelanggan membayar sepenuhnya nilai RPS kepada Penerbit ("Tarikh Terbitan").

Tempoh RPS

Dua puluh (20) tahun dari Tarikh Terbitan ("Jangka Waktu"), melainkan semua Pelanggan bersetuju untuk memperpanjang jangka waktu, di mana RPS akan matang dan akan ditebus oleh Penerbit berdasarkan Perjanjian Terma dan Syarat ini ("Tarikh Matang").

Dividen

Kadar Dividen

Pelanggan berhak mendapat dividen seimbang dengan RPS yang dipegang oleh Pelanggan ("Dividen").

Dividen RPS boleh diisytiharkan dan dibayar oleh Penerbit kepada Pelanggan menurut perhitungan berikut ("Dividen"): -


70% Keuntungan Selepas Cukai
-------------------------------------------
Unit RPS yang diterbitkan

Nota penjelasan:
• Keuntungan Selepas Cukai = (Hasil – Kos Operasi) – Cukai
• Untuk mengelakkan keraguan, Kos Operasi akan temasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang kos sampingan termasuk bayaran untuk perkhidmatan oleh pihak ketiga, yuran pengurusan dan yuran lain/ atau kos lain seperti yang ditentukan oleh Penerbit.

Ilustrasi: -
Jumlah RPS : 20
Nilai untuk setiap unit RPS: RM10,000.00
Jumlah Nilai RPS Terbitan: RM200,000.00
Hasil: RM200,000.00
Kos Operasi : RM50,000.00
Cukai : RM5,000.00
Dividen:

70% X [(RM200,000.00-RM50,000.00) – RM5,000.00]
---------------------------------------------------------------
20

#RM5,075.00 untuk setiap unit RPS

Kekerapan Pembayaran Dividen

Jika dividen diisytiharkan oleh Penerbit, ia akan dibayar kepada pelanggan setiap tahun bermula dari Tarikh Terbitan. Pelanggan dengan ini mengakui bahawa Dividen bukan kumulatif.

Penebusan

Penebusan pada Tarikh Matang

Tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 Seksyen 72, RPS boleh ditebus semasa tamat tempoh. Syarikat akan membayar harga penebusan RPS kepada pelanggan dengan tunai.

Harga penebusan untuk setiap unit saham keutamaan semestinya Harga Terbitan (“Harga Penebusan”). Pada tarikh Harga Penebusan dibayar kepada Pelanggan, RPS akan dibatalkan pada tarikh yang sama.

Penebusan Awal Oleh Penerbit pada Masa Tawaran Awam Awal ("IPO")

RPS boleh ditebus atas pilihan Penerbit (tetapi bukan Pelanggan) sebelum berakhirnya tempoh masa tersebut, dengan syarat bahawa Penerbit memperoleh persetujuan daripada pihak berkuasa untuk menyenaraikan di bursa saham sama ada secara sendiri atau melalui instrumen penyenaraian ("Penyenaraian Syarikat") dalam sebarang bidang kuasa yang ditentukan. Sehubungan dengan itu, ia tertakluk kepada pemberitahuan bertulis yang dikeluarkan oleh Penerbit kepada Pelanggan.

Untuk penjelasan lanjut, Penerbit dengan ini berjanji dengan Pelanggan bahawa Penerbit akan memperuntukkan sepuluh peratus (10%) daripada semua Saham Tawaran Awam Awal di Syarikat Tersenarai untuk menebus semua saham keutamaan yang ditawarkan oleh Penerbit kepada semua Pelanggan di bawah Perjanjian Terma dan Syarat.

  1. Di manakah pembangunan tanah baru seluas 1000 ekar?

    Rancangan Newleaf adalah untuk membangunkan ladang durian seluas 1000 ekar dalam masa 3 tahun akan datang. Kawasan perladangan tersebar di sekitar negeri Pahang seperti Temerloh, Karak, Bentong dan Raub.

  2. Tanah yang baru dibangunkan ialah tanah pegangan pajak atau tanah pegangan kekal?

    Tanah yang baru dibangunkan ialah tanah pegangan pajak dari kerajaan negeri Pahang.

  3. Adakah pelaburan saya di Newleaf selamat?

    Newleaf mengamanahkan PitchIN – Platform Pendanaan Ramai Equiti yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Semua dana yang terkumpul dimasukkan terus ke dalam akaun amanah Maybank pitchIN. Perniagaan Newleaf adalah telus sepenuhnya. Setiap dana yang digunakan akan dilaporkan di dalam penyata kewangan tahunannya.

  4. Bilakah akhir tahun kewangan Newleaf?

    Akhir tahun kewangan Newleaf adalah pada akhir bulan Februari. Pelabur dijangka akan menerima laporan kewangan tahunan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kewangan.

  5. Apakah peranan pemegang amanah dan nomini di Newleaf?

    Pemegang amanah dan nomini perlu membuat keputusan sukar dan pertimbangan untuk melindungi kepentingan pelabur setiap masa. Mereka juga akan bertanggungjawab untuk mengurus dan mengagihkan dividen kepada pelabur.

  6. Bagaimana dana yang dikumpulkan akan digunakan?

    Dana akan digunakan untuk pengembangan perniagaan. Ia lebih khusus untuk tujuan perkembangan tapak penanaman serta penglibatan dalam bidang pembuatan dan peruncitan.

  7. Berapakah jumlah minimum dan maksimum pelaburan bagi seseorang individu? Bolehkah entiti perniagaan melabur dalam ini?

    Seunit saham keutamaan boleh tebus Newleaf bernilai RM10,000. Pelaburan minimum adalah 1 unit saham. Pelaburan maksimum melalui pitchIN adalah 300 unit saham (RM 3,000,000). Langganan ini terbuka untuk pelabur individu dan pelabur korporat.

  8. Apakah itu Saham Keutamaan Boleh Tebus (RPS)?

    Syarikat menerbitkan saham keutamaan boleh tebus kepada pemegang saham dengan pulangan yang dipersetujui dan menebusnya kemudian. Ini bermaksud syarikat boleh membeli balik saham tersebut di kemudian hari.

  9. Apakah pulangan yang ditawarkan kepada pelabur?

    Pemegang saham RPS berhak mendapat 70% keuntungan bersih setelah cukai dari Newleaf Eco Development Sdn Bhd selama 20 tahun.

  10. Apakah mekanisme keluar untuk pelabur?

    Pelabur mempunyai 2 mekanisme keluar:

    • PENEBUSAN PADA TARIKH MATANG
      Saham keutamaan boleh ditebus semasa tamat tempoh. Newleaf akan membayar harga penebusan saham keutamaan kepada pelanggan dengan tunai. Harga penebusan untuk setiap unit saham keutamaan semestinya Harga Terbitan.
    • PENEBUSAN AWAL OLEH PENERBIT PADA MASA TAWARAN AWAM AWAL (“IPO”)
      Penerbit boleh memilih untuk menebus saham keutamaan sebelum berakhirnya tempoh masa, dengan syarat bahawa Penerbit memperoleh persetujuan daripada pihak berkuasa untuk menyenaraikan di bursa saham sama ada secara sendiri atau melalui instrumen penyenaraian dalam sebarang bidang kuasa yang ditentukan. Penerbit dengan ini berjanji dengan Pelanggan bahawa Penerbit akan memperuntukkan sepuluh peratus (10%) daripada semua Saham Tawaran Awam Awal di Syarikat Tersenarai untuk menebus semua saham keutamaan yang ditawarkan oleh Penerbit kepada semua Pelanggan di bawah Perjanjian Terma dan Syarat.
  11. Tempoh kematangan 20 tahun untuk saham keutamaan adalah jangka masa yang agak panjang, bolehkah saya keluar dalam jangka masa ini?

    Newleaf tidak melarang pemindahan saham dalam jangka masa 20 tahun. Pelabur dibenarkan memindahkan saham mereka di pasaran bebas dengan harga yang dipersetujui oleh pembeli dan penjual.

  12. Bolehkah saya memasukkan RPS dalam wasiat sekiranya berlaku sesuatu kepada saya?

    Ya. RPS ialah aset yang diuruskan oleh pemegang amanah bagi pihak anda. Anda boleh menyenaraikan peramanahan RPS dalam wasiat.

  13. Adakah pulangan dijamin? Apakah pulangan pelaburan untuk pelabur?

    Newleaf tidak menjamin sebarang bentuk pulangan kepada pelabur. Pulangan pelaburan hanya berdasarkan keuntungan syarikat. Pada peringkat pertumbuhan, pelabur dijangka tidak mendapat sebarang pulangan. Hasil tanaman dijangka pada tahun ke-6. Semakin tua pokok durian, semakin banyak hasilnya.

  14. Siapakah Newleaf Eco Development Sdn Bhd? Apakah hubungannya dengan Newleaf Plantation Berhad?

    Newleaf Eco Development Sdn Bhd (NEDSB) menjalankan perniagaan tanaman, pengeksportan, perdagangan dan peruncitan durian dan produk berasaskan durian. NEDSB adalah anak syarikat 100% milik Newleaf Plantation Berhad.

  15. Adakah terdapat garis masa untuk Tawaran Awam Awal Newleaf?

    Setelah syarikat mencapai tanda aras yang diperlukan untuk penyenaraian, pihak pengurusan akan memutuskan untuk penyenaraian berdasarkan keadaan syarikat pada masa itu.

  16. Bolehkah saya melawat dusun durian Newleaf?

    Ya, anda dialu-alukan untuk melawat dusun durian Newleaf. Walau bagaimanapun, anda perlu buat temu janji terlebih dahulu.

  17. Bagaimana Newleaf mengurangkan risiko perladangan untuk pelabur?

    Setelah pembangunan siap, Newleaf akan menginsuranskan ladang. Perlindungan insurans akan membayar ganti rugi untuk kematian pokok yang terjadi akibat bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan kebakaran liar.

  18. Bagaimanakah cara untuk melabur?
    • Sila daftar akaun INVESTORS dan lengkapkan maklumat anda di laman web pitchIN:
      https://equity.pitchin.my/users/investors/new
    • Lawati halaman profil korporat Newleaf dan pergi ke tab "PITCH INFO":
      https://equity.pitchin.my/businesses/newleaf-eco-development-sdn-bhd#fndtn-panel-pitch-info
    • Pilih “RESERVE YOUR INVESTMENT”, masukkan jumlah yang dilabur, klik SUBMIT dan CONFIRM.
    • Buat pindahan wang pelaburan anda ke akaun amanah:
      • Bank : Maybank
      • Number Akaun : 514012416372
      • Penerima : MTB-NEWLEAF ECO DEVELOPMENT SDN BHD
      • * Sila ambil perhatian bahawa anda harus memasukkan nombor rujukan semasa memasukkan deposit ke akaun pelaburan. Jika tidak berbuat demikian, pelaburan anda tidak akan diterima!
    • Isi butiran akaun bank yang anda guna ketika buat pindahan wang ke pitchIN untuk mereka menentusahkan bayaran deposit. Selepas itu, klik SUBMIT.
    • Anda akan menerima e-mel dari pitchIN mengenai langganan yang berjaya.
Langgan Sekarang

Liputan Media:

TheEdge Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationMalay Mail Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationNan Yang Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationBernama News Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationAstro Malaysia Durian Plantation Newleaf Plantation988FM Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationThe Sun Daily Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationOriental Daily Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationSinchew Malaysia Durian Plantation Newleaf PlantationMalaysia Durian Plantation South CHina Morning Post Malaysia Durian Plantation Newleaf Plantation