DURIAN MALAYSIA YANG UNIK
Adakah kamu tahu bahawa varieti durian yang berbeza berasal dari negeri-negeri yang berlainan di Semenanjung Malaysia?
Berikut adalah pelbagai varieti durian dan negeri-negeri di mana mereka mula-mula dibiak.
Walaupun mempunyai kira-kira 200 varieti durian di Malaysia, setiap varieti dipenuhi dengan rasa dan aroma yang indah. Ketika durian masak dan jatuh ke tanah, buahnya lebih berisi dan mempunyai aroma yang lebih kuat. Musim durian kebiasaanya bermula pada bulan Jun dan Julai. Setiap varieti durian memerlukan syarat-syarat tertentu seperti hujan, ketinggian, suhu dan komposisi tanah untuk tumbuh.
Buah-buahan unggul Malaysia – mempunyai isi berwarna kuning pekat. Durian ini terkenal dengan kepekatan rasanya dan membawa sedikit kepahitan.
Ia juga dikenal sebagai "Durian Sultan", buah durian yang paling dikenali selepas Musang King. Ia mempunyai isi yang kekuningan dan juga aroma durian yang enak!
Antara varieti durian yang dikenali di Malaysia. Durian ini mempunyai rasa manis dengan sedikit pahit. Ia mempunyai aroma durian yang tidak terlalu kuat.
Varieti durian ini lebih dikenali dengan kemanisan baunya. Selain itu, isinya juga berlemak dan melekit.
Isi durian ini sangat lembut. Ia terkenal dengan rasanya yang sedikit pahit akibat berlakunya proses penapaian.
Varieti yang jarang dijumpai dengan isi yang sangat kekuningan dan bentuknya yang unik.
Antara pilihan utama penggemar durian. Ia mempunyai warna isi yang pucat dan rasa yang istimewa.
Durian ini dikenali dengan warna isinya yang pucat seperti mutiara. Ia mempunyai rasa yang berlemak dan tekstur biji yang kecil.
Warna kehijauan seakan-akan warna buluh. Ia mempunyai rasa manis dan kulitnya sangat keras.
Durian yang paling sesuai untuk orang yang pertama kali mencuba durian kerana rasanya manis. Isinya mempunyai warna yang agak kekuningan dan berbiji besar.
Bau manis dengan sedikit rasa pahit tidak menghalang kamu daripada menikmati durian ini. Ia sesuai untuk orang yang sedang diet.
Biji durian yang kecil dengan rasa yang unik dan isi yang tebal.
Durian terkenal dengan rasa dan aroma yang unik. Selain itu, durian juga penuh dengan nutrien. Ia kaya dengan kanji, gula, protein, kalsium, magnesium, fosforus, zink serta vitamin B1, B2, dan C.
Mengawal tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular
Mengurangkan kolesterol
Mengurangkan risiko kanser
Mengekalkan keseimbangan Yin dan Yang serta menguatkan badan
Menguatkan tulang dan mencegah kelampungan tulang
Bantu menggalakkan pergerakan usus dan proses pencernaan