Perkilangan & Eksport
Terdapat beratus-ratus varieti durian di Malaysia. Ketika menyebut tentang populariti dan permintaan durian di China, tidak ada varieti lain yang setanding dengan Musang King.
Pada tahun 2011, Malaysia dan China menandantangani Memorandum Persefahaman berkaitan dengan pengeksportan durian sejuk beku ke China. Berdasarkan data dari Kementerian Pertanian, sekurang-kurangnya 2,000 tan metrik durian telah dieksport ke China setiap tahun dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Selain daripada permintaan dari China, permintaan untuk MSK di Singapura dan Hong Kong juga turut menyumbang kepada kenaikan harga MSK. Secara keseluruhan, pengeluaran MSK di Malaysia masih jauh daripada memenuhi permintaan bekalan pasaran.
Buat masa ini, kami mengeksport durian beku nitrogen, durian dalam bentuk pulpa dan pes durian beku ke SINGAPURA, HONG KONG & CHINA melalui perkongsian strategik dengan rakan kongsi. Ini adalah pasaran utama untuk perniagaan eksport dan perdagangan kami.
10KG satu karton
4-7 biji durian
510 mm (P) x 440 mm (L) x 200mm (T)
Menggunakan Kontena Muatan Penuh 20’ kaki
600 karton
Beku -18 °C
300G, 400G, 500G per pack
24pack sekotak
472 mm (P) x 403 mm (L) x 195 mm (T)
Menggunakan Kontena Muatan Penuh 20’ kaki
600 karton
Beku -18 °C