Pemeliharaan Tanaman Durian

Ini berkaitan dengan semua aspek perniagaan kami. Para pekerja kami komited untuk memastikan semua tugas dilakukan secara profesional dan cekap dalam pelbagai aspek seperti pemeliharaan anak pokok, penanaman, pengurusan dan penuaian.

Newleaf Plantation Bhd memandang serius tentang perlindungan alam sekitar. Kami tidak menggunakan racun perosak, racun rumpai, racun kulat dan racun serangga! Disebabkan sistem pengairan yang direka khas, kami dapat mengitar semula air hujan, air sungai dan air kolam untuk menghidratkan pokok durian muda. Kaedah pemuliharaan air ini sangat bermanfaat untuk masa depan planet kita.

Sisa-sisa yang dikitar semula menjadi sungkup di dusun. Sungkupan ini bukan hanya mengekalkan kelembapan tanah, tetapi juga bantu menyeimbangkan suhu tanah daripada terlalu panas atau terlalu sejuk bahkan melindungi tanah yang cerun daripada hakisan tanah. Sungkupan ini menyediakan persekitaran yang mendorong pertumbuhan cacing tanah dan serangga lain dan terurai dari masa ke masa.

iFarm – Sistem Pertanian Pintar Newleaf

iFarm ialah teknologi paling maju untuk pengawasan durian sepanjang waktu di dusun. Ia tidak seperti kaedah pertanian tradisional. Teknologi ini juga boleh memastikan durian mendapatkan hasil yang optimum. Sementara itu, melalui kod QR, kami dapat mengetahui perkembangan terkini pokok durian.

Kaedah pertanian tradisional mendatangkan pelbagai masalah dan menyebabkan hasil durian rendah. Dengan sistem pertanian pintar – iFarm, kami yakin bahawa masalah yang wujud betul-betul diselesaikan dan memastikan hasil durian tidak terjejas.

Sensor:

Sensor dipasang untuk mengesan suhu dan kelembapan udara, kelembapan tanah serta nilai pH. Ia digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan pokok durian yang lebih sihat.

Kamera keselamatan:

Kamera dipasang di sekeliling dusun untuk memudahkan himpunan data masukan kenderaan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kes kecurian dan isu-isu keselamatan lain.

Sistem Kod QR:

Sistem ini digunakan untuk mencatat pelbagai jenis data tanaman durian, termasuk foto durian yang kemas kini bulanan, keadaan kesihatan pokok, penuaian, pembajaan, rekod pengairan serta maklumat penting lain.

SKIM AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA

Dusun durian Newleaf mematuhi skim amalan pertanian baik Jabatan Pertanian. Kami memandang serius tentang perlindungan alam sekitar. Kami tidak menggunakan racun perosak, racun rumpai, racun kulat dan racun serangga. Disebabkan sistem pengairan yang direka khas, kami dapat mengitar semula air hujan, air sungai dan air kolam untuk menghidratkan pokok durian muda.

Kaedah Pertanian Yang Efisien

Newleaf menggunakan teknik penanaman dan kaedah pengurusan yang sangat efisien dalam pelbagai aspek. Ini merangkumi aspek-aspek seperti pemilihan benih, penanaman anak pokok dan pemeliharaan pokok durian. Proses yang rapi ini dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan pokok yang sihat serta mendapatkan hasil durian yang banyak.

Teknik Cantuman Durian

Mata Tunas Musang King dicantumkan pada pokok durian varieti biasa yang dipotong separuh dan kulit pokok itu ditoreh untuk memastikan mata tunas dapat tumbuh dengan sihat.

Sistem Pengairan yang Komprehensif

Sistem pengairan automatik digunakan untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi setiap pokok.

Teknik Pembajaan yang Efisien

Pembajaan secara manual untuk memastikan setiap pokok mendapat nutrien yang mencukupi.

Pemagaran dan Jaringan

Pemagaran dan jaringan dipasang di sekelliling pokok durian untuk mengurangkan kehilangan hasil tuaian.

Sistem Tali yang Kukuh

Sistem tali yang kukuh digunakan untuk melindungi durian daripada impak dan retak.

Sistem Kod QR

Setiap pokok diberi kod QR unik untuk memudahkan penyediaan laporan dan data bulanan.